Rabu, 31 Disember 2014

Herba tradisional baik untuk kesihatan


Salam hormat dan selamat tahun baru 2015 di ucapkan kepada pelayar2 internet yang di muliakan. Saya nak share sikit hari ni pasal pokok jarum7 bilah.... 

Pokok ni di kenali dengan nama saintifiknya pereskia sacharosa tumbuhan ini berada dalam keluarga kaktus sebab tu berduri. Seorang ahli astronomi dari france Nicolas Claude Fabri de Peiresc, berkata pokok ini mempunyai 15-20 jenis serupa dengannya dan ia mungkin juga di katakan hampir satu2nya jenis kaktus yang mempunyai daun. 


Tumbuhan ini sangat mudah di tanam, cara pembiakkannya dengan mengunakan teknik CC hanya cantas dan cucuk, atau melalui biji benih. Tumbuhan ini mampu hidup dengan pelbagai jenis cuaca kecuali musim sejuk/salji. 

Pokok ini berasal dari kawasan dekat dengan amerika selatan, argentina, bolivia, paraguay, maxico dan banyak lagi di kawasan sekitarnya (sekarang seluruh dunia sudah ada tumbuhan ni), apa yang menariknya bagi tumbuhan ini ialah mengenai buahnya kerana ia seperti telah di potong separuh walaupun ia masih belum di sentuh lagi(macam cerita nabi musa dengan ikan sebelah pulak) tapi itulah kejadian ALLAH yang maha kuasakan! walau bagaimana pun tiada cerita mitos tentang buah yang telah di potong separuh tadi.


 Bagi perubatan tradisional masyarakat cina pula daun tumbuhan ini mampu untuk di jadikan herba bagi melawan penyakit barah. Mengikut kajian yang di jalankan oleh profesor madya Dr Asmah Rahmat dari fakulti perubatan di universiti putra Malaysia mendapati tumbuhan ini mempunyai kesan untuk melawan penyakit barah dan kanser. Dalam kajian klinikal yang di jalankan ke atas tikus putih di makmal perubatan, dari laporan penyelidikkan mendapati tiada kesan toksik pada sel tikus yang normal.


Ini menunjukkan ia selamat untuk di gunakan dalam kuantiti yang sederhana. Selain juga ia mampu untuk merawat penyakir barah ia juga membantu mengawal/mengubati masalah kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, kembung perut, kanser servik, kanser ovary, kanser usus/kolon dan banyak lagi. Melalui kaedah perubatan tradisional ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum.


Petik daunnya bersihkan dan baru proses jadikan jus


 Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati dihttp://www.moste.gov.my Walaupun terdapat pelbagai khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah, namun begitu sebelum menggunakannya untuk tujuan perubatan, anda perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu 

Jangan lupa lawat dan like pages saya di https://m.facebook.com/SMARTGARDEN2U untuk tahu lebih lanjut Sila lihat gambar dan baca lebih banyak lagi di sini >>http://arruhaiza.blogspot.com
Sumber rawatan kaedah tradisional dari http://wannura.wordpress.com/2012/06/24/pokok-kanser-pereskia-sacharosa-2/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan