Khamis, 11 Disember 2014

Waqf adalah saham kubur kita



Salam kepada rakan2 yang di hormati dan pelayar2 internet saya dapat perkongsian dari rakan..... Perkongsian mengenai harta waqf.

Adakah kamu mengetahui bahawa Saidina Othman ibnu Affan ada mempunyai akaun bank di Saudi...?Siapakah yg membina Hotel Othman ibnu Affan di sebelah masjid Nabawi di Madinah ... adakah anak cucu nya yg membinanya dan meletakkan namanya sbg nama hotel? Ikuti kisah ini : Satu ketika di. Madinah semasa Nabi Saw mula hijrah dari Mekah ada sebuah telaga yg sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering...

Nama Telaga itu Bi'ru Rummah         ( telaga pemanah ) Org Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yg dimiliki oleh seorg Yahudi.

Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dgn harga yg sgt mahal.. Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman b Affan ( SOBA) lantas SOBA bertemu yahudi itu dan minta nak beli telaga tersebut... Yahudi tak mahu jual sbb dia tahu dia untung besar...SOBA akhirnya minta beli separuh saja telaga tu... yahudi pun setuju ... bermakna sehari milik Yahudi dan sehari lg milik SOBA... Yahudi sangka dia cerdik sbb SOBA mmg peniaga yg glamour dikenali oleh org Arab tentulah perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan...

Rupa2 nya Allah takdirkan sebaliknya bila org tak lagi beli air dpd yahudi itu sbb pd hari milik SOBA dia beri org2 Islam dan bukan islam air percuma... jadi hari giliran milik yahudi itu siapa pun tak nak beli ... akhirnya yahudi bankrap dan nak jual kpd soba separuh bhg lg telaga rummah tu kpd soba sbb dia dah rugi...

Soba beli dgn 20,000 dinar ... kemudian dia waqafkan kpd org Islam... kemudian ada seorang sahabt lain yg juga hartawan minta nak beli telaga tu dpd SOBA... SOBA tanya brp harga yg dia sanggup bayar....? Hartawan itu menjawab bhw dia sanggup membayar 3 kaliganda harga yg dibeli oleh SOBA. SOBA tidak setuju dan bertanya lagi, brp sanggup bayar?
Hartawan menjawab, 9 kaliganda harga yg di belinya. SOBA Masih x setuju.

Hartawan bertanya kehairanan.. Siapa lagikah yg sanggup membeli dgn harga yg lebih mahal daripadanya. Maka SOBA menjawab 'ALLAH'
Akhirnya org Islam dapat minum air telaga itu secara percuma...

Dengan takdir Allah ditepi telaga itu akhirnya tumbuh bbrp pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga akhirnya berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dgn sangat lebat...
kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar2 itu dan menyimpan nya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yg ambil alih dan tubuhkan akaun bank atas nama SOBA di salah satu bank Saudi.

Duit itu akuirnya terkumpul dgn banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah ditepi Masjid Nabawi dgn tujuan membina hotel lima bintang... hasilnya nanti dibahagi kpd dua ... separuh diinfaq utk anak yatim dan miskin yg sbhg lg disimpan dalam akaun SOBA ... yg anehnya setelah 14 kurun sedekah SOBA masih bercambah dan membiak membuak buak tanpa hentinya... inilah kelebihan Sedekah ... oleh itu marilah sama sama kita ringan tangan utk bersedakah dan yg paling mudah adalah dgn menyebarkan kisah ini dalam group dan fb anda... InsyaAllah anda akan dapat pahala sedekah yg berganda2
MOGA MOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT
والله اعلم....

Sumber maklumat dari Hj ismail umrah pengurus jemaah umrah +60173218850
DR JAMNUL AZHAR B MULKAN
Alor Setar""

Tiada ulasan:

Catat Ulasan