Selasa, 1 Oktober 2013

Pokok mangga pilihan ku

    Salam semua..... hari ini saya berminat untuk bercerita tentang "memilih pokok mengikut kesesuaian" mungkin ada yang berminat untuk memiliki pokok tapi agak kabur dengan pilihan yang adalalu banyak, mungkin di atas terlalu banyak yang di inginkan atau tak tahu nak pilih yang mana. begi saya mudah saja kerana mula-mula pastikan apa yang cita rasa tuan-tuan, kedua pastikan sehingga sebesar mana tuan nak pokok itu nak di jaga, ketiga rasa-rasa pokok itu akan mendatangkan masalah ke tidak apabila ia membesar nanti setelah semua itu terjawap baru tuan-tuan ke kedai yang membekalkan pokok yang tuan rasa sesuai untuk di bawa pulang dan di tanamkan di tempat yang sudah menjadi marking tuan tadi. Pilihan pokok  berdasarkan pokok yang di pilih dan size juga menjadi keutamaan kerana di zaman sekarang kita tidak banyak pilihan melainkan kita tinggal di kampung-kampung jika kita berada di kampung mungkin tidak menjadi masalah kerana size tapak yang besar tidak menganggu-gugat oleh kerana pokok yang kita mahu mungkin tidak banyak ibarat, semut yang berjalan di dalam lori, tikus sedang berlari dalam dewan, ikan paus berenang di laut pasifik mana mungkin ia akan menganggu hidupan-hidupan lain yang berjiran dengan mereka.

    saya mengandaikan tuan-tuan memilih pokok mangga apple buahnya yang hijau kemerah-merahan bulat bagaikan sebiji bola lisut tergantung-gantung di bawah pepohon rendang yang sedang memayungi panas terik yang menyucuk daging-daging anda jika di kira paras suhu mungkin 42°siapa yang mampu untuk bertahan pada kepanasan seperti itu, seperti warga asing yang sedang bekerja di negeri arab tak tertanggung panas rasanya. sebelum saya melayang jauh lagi baik kita balik ke cerita asal, pokok magga yang sedang berbuah itu bukan sekarang tuan-tuan tetapi kisah tadi saya membawa rakan-rakan pembaca lagi 5-8 tahun kedepan supaya dapat gambaran yang jelas di berkenaan pokok yang tuan- tuan mahukan.


     Pokok mangga tuan dah dapat pastikan jenis kesesuaian tanah di tempat tuan, baja, manis buah, (kalau boleh) baka dari mana. Setelah semuanya selesai pilih baja yang menepati kehendak pokok, tanah bakar, tanah sabut dan yang TERBARU sekarang ini ada di sediakan TANAH ORGANIK yang dapat membantu insyaallah terbukti lebih 5000 kajian di buat dan mendapati hasil yang di keluarkan oleh tanah organik dengan tanah hitam mahupun tanah biasa memanglah jauh bagaikan kucing mengejar kuda, pipit terbang dengan helang mana mungkin sama biasa dengan dan yang di hasilkan khusus untuk membantu pembesaran pokok, dan akar, bak kata orang yang hebat-hebat mana mungkin pokok yang rendah dapat duduk sama tinggi dengan pokok yang rendah dan pucuk yang paling tinggi ialah pokok yang paling kuat akarnya. Jika kita mahu akar yang kuat tanah juga mesti dari hasil yang terbaik. 

     Saya mengandaikan tuan memilih pokok yang size ketinggian 4-5 kaki (tinggi orang lebih-kurang) lubang untuk di tanam pokok mangga tuan berkedalaman satu kaki menggikut size bag pokok menjadi pilihan tuan. setelah di gali size lubang untuk pokok mangga tuan haruslah agak besar sedikit kerana untuk memberi ruang untuk TANAH ORGANIK tuan-tuan nanti. Sesudah selesai mengali lubang tadi dan masanya telah sedia untuk di masukkan kedalam lubang BAG harus di buka kerana akar tidak akan membesar kerana size yang sempit didalam bag yang membelenggu pokok mangga tuan yang bertahun-tahun di kedai/tapak semaian untuk menunggu masa di beli oleh tuan sebentar tadi. Bag telah di buka tanah organik, tanah hitam telah di gaul & jangan di lupa tanah bakar yang akan membantu kesuburan untuk pokok mangga tuan. Biar saya ceritakan fungi tanah hitam, tanah organik dan tanah bakar. Tanah hitam seperti yang sedia maklum ia mengandunggi sekam bakar, sabut kelapa, tanah topsoil, semua ini akan membantu dari segi kelembapan tanah tersebut ini tugas tanah hitam. Tanah organik ini sama seperti tanah hitam yang lain sedikit dari tanah hitam, kerana tanah ini perhalusi mengunakan penapis halus tanah di renjis air kemudiannya di peram untuk berberapa waktu dan selepas itu baru ia di bungkus menjadi TANAH ORGANIK itu yang menbezakan ia dengan tanah hitam di atas. Tanah bakar ini kebaikannya untuk menghalang parasit dalam tanah dari merosakkan akar pokok tuan-tuan kerana yang namanya tanah bakar ini ia di bakar sebelum di jual di pasaran seperti yang tuan lihat di kedai tadi. Cara mereka menghasilkan ialah dengan membakarnya pada suhu 60-70°C jika ia melebihi suhu tersebut tanah ini akan hilang khasiat untuk pokok, sebaiknya parasit mati dan tanah ini tak hilang hasiat itu bagi saya agak menguntungkan kedua-dua bahagian dalam menghasilkan tanah bakar ini. 

     Sehingga kini tuan-tuan mungkin dapat mengagak bagaimana kedudukkannya di tempat pilihan tuan seandainya ia belum di tanam jangan biar ia terlalu lama saya kuatir jika tidak di tanam ia akan mati kekeringan. Jangan bandingkan tempat yang tuan beli sama seperti di rumah tuan kerana di kedai bunga adalah menjadi kewajipan mereka memestikan pokok yang di jaga tidak mati dan mereka mempunyai kepakaran yang khusus untuk berkaitan pokok & tumbuh-tumbuhan. Bagi saya tuan -tuan telah melakukan sesuatu patut di warisi oleh anak cucu tuan-tuan, jangan lupa untuk mengajak mereka untukl bersama-sama menanam pokok pilihan tuan (pokok mangga tu sekadar contoh sahaja) sekian dari saya selamat mencuba. akhir kata dari saya marilah kita meninggalkan sesuatu untuk keturunan manusia selepas kita. Tq bye......