Rabu, 31 Disember 2014

Herba tradisional baik untuk kesihatan


Salam hormat dan selamat tahun baru 2015 di ucapkan kepada pelayar2 internet yang di muliakan. Saya nak share sikit hari ni pasal pokok jarum7 bilah.... 

Pokok ni di kenali dengan nama saintifiknya pereskia sacharosa tumbuhan ini berada dalam keluarga kaktus sebab tu berduri. Seorang ahli astronomi dari france Nicolas Claude Fabri de Peiresc, berkata pokok ini mempunyai 15-20 jenis serupa dengannya dan ia mungkin juga di katakan hampir satu2nya jenis kaktus yang mempunyai daun. 


Tumbuhan ini sangat mudah di tanam, cara pembiakkannya dengan mengunakan teknik CC hanya cantas dan cucuk, atau melalui biji benih. Tumbuhan ini mampu hidup dengan pelbagai jenis cuaca kecuali musim sejuk/salji. 

Pokok ini berasal dari kawasan dekat dengan amerika selatan, argentina, bolivia, paraguay, maxico dan banyak lagi di kawasan sekitarnya (sekarang seluruh dunia sudah ada tumbuhan ni), apa yang menariknya bagi tumbuhan ini ialah mengenai buahnya kerana ia seperti telah di potong separuh walaupun ia masih belum di sentuh lagi(macam cerita nabi musa dengan ikan sebelah pulak) tapi itulah kejadian ALLAH yang maha kuasakan! walau bagaimana pun tiada cerita mitos tentang buah yang telah di potong separuh tadi.


 Bagi perubatan tradisional masyarakat cina pula daun tumbuhan ini mampu untuk di jadikan herba bagi melawan penyakit barah. Mengikut kajian yang di jalankan oleh profesor madya Dr Asmah Rahmat dari fakulti perubatan di universiti putra Malaysia mendapati tumbuhan ini mempunyai kesan untuk melawan penyakit barah dan kanser. Dalam kajian klinikal yang di jalankan ke atas tikus putih di makmal perubatan, dari laporan penyelidikkan mendapati tiada kesan toksik pada sel tikus yang normal.


Ini menunjukkan ia selamat untuk di gunakan dalam kuantiti yang sederhana. Selain juga ia mampu untuk merawat penyakir barah ia juga membantu mengawal/mengubati masalah kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, kembung perut, kanser servik, kanser ovary, kanser usus/kolon dan banyak lagi. Melalui kaedah perubatan tradisional ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum.


Petik daunnya bersihkan dan baru proses jadikan jus


 Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati dihttp://www.moste.gov.my Walaupun terdapat pelbagai khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah, namun begitu sebelum menggunakannya untuk tujuan perubatan, anda perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu 

Jangan lupa lawat dan like pages saya di https://m.facebook.com/SMARTGARDEN2U untuk tahu lebih lanjut Sila lihat gambar dan baca lebih banyak lagi di sini >>http://arruhaiza.blogspot.com
Sumber rawatan kaedah tradisional dari http://wannura.wordpress.com/2012/06/24/pokok-kanser-pereskia-sacharosa-2/

Khamis, 25 Disember 2014

CARA PASANG RUMPUT TIRUAN


Salam Ramadan kepada anda, moga2 di beri kebahagian yang sebenar. Memang menjadi adat di dalam masyarakat Malaysia dan di mana2 saja rasanya menyambut tetamu datang ke rumah pada sesuatu perayaan bagi meraikan nya (kalau tak jemput tu tak tahu la). Sudah tentu apa bila kita menjemput tetamu kita mahu keadaan yang selesa untuk tetamu kita (betul ke betul?). Jadi di sini saya nak berkongsi sikit mengenai cara memasang rumput tiruan di halaman rumah dengan cara yang betul, kerena jika tersalah pasang ia menyebabkan kerugian kepada budget belanja perayaan anda sendiri untuk menghias rumah anda(perkongsian ini bukan hanya untuk hari raya sahaja).



Bagi mereka yang sibuk dengan tugasan seharian tapi hanya tahu nak cantik je (tapi malas nak jaga) rumput plastik ni memang sesuai untuk anda, kerana anda tak perlu tanam, siram, baja, potong dan cabut. Bukan hanya anda juga begitu keluarga saya pun sama juga dengan anda. Kadang2 saya pun sibuk sampai malam tahu2 dah kering je dah amacam... Cuba anda perhatikan permukaan rumput yang hijau ni macam mana rupa dia bila ada di hadapan rumah anda. Sambil anak2 anda yang berjalan di atas batu pijak di selang seli dengan bunyi pancuran air dari tepi kolam..... Wahhh memang best rasanya kan.

Sediakan peralatan yang cukup untuk menjalankan kerja2 tersebut, di takuti bila tengah buat tiba2 tersangkut lepas tu nak sambung tak boleh tak siap la jawapnya. Gam, pisau, gunting, kayu panjang, cangkul dan rumput plastik (R/P).  Jika ada sebarang pertanyaan mengenai bekalkan atau masalah mengenai rumput plastik ni sila hubungi kami di +60189188917 Mula2 bersihkan kawasan yang nak di tanam tadi buang segala jenis rumput2 hutan yang ada termasuk rumput karpet yang hidup kalau ada. Setelah bersih gunakan pasir untuk mendapat level yang rata dan ikut bentuk yang di mahukan di mana nak buang air hujan bila dh hujan lebat nanti. Setelah bersih gunakan pasir untuk mendapat level yang rata dan ikut bentuk yang di mahukan di mana nak buang air hujan bila dh hujan lebat nanti. Yang penting sekali jangan lupa rumput plastik (synthetic grass) ni sebab bila dah rata nanti kalau tak pasang nampak tak cantik. Untuk kebaikan tuan2 pastikan anda beli saiz R/p cukup jangan ada yang tertinggal setompok2.


Bila dah tarik semua sesuai dengan plan yang tersedia. Baru potong masa potong ni ada 2 pantang larang yang mesti di patuhi no 1 jangan tersalah potong, no 2 jangan langgar peraturan pertama. 


Lepas potong sebelah atas tadi tarik ke sebelah hamparan R/p ni dan potong lagi macam biasa.... Opsss jangan lupa peraturan no1,2 tadi hehehe. 

Setiap perkara yang nak di hasilkan tu pasti ada halangan yang mendatang betul tak? Jadi kalau tiba2 ada penghalang macam ni abaikan dulu jangan peduli (lantakkan dia) nanti kita pikir masa finishing macam mana nak buat nak tebang ke nak kekalkan ke itu nanti punya cerita.

Rasa macam dah yakin letak kayu panjang tadi dan potong jangan ragu2. Redah kasi pecah... Kalau tak di potong manakan dapat hasilnya hehe bermadah2 plak dia. Waktu potong ni hati2 keselamatan anda tanggung jawap sendiri terpotong jari pegi klinik. 


Ni stock stanby katanya takut tak cukup.... hambik ko lebam ni nak ngabih kn hehehe. kalau tak cukup yang ada ni padang bola kami tadahkan hehehe

Setelah semua sambungan tadi di gam cara menyambung bahagian2 yang terpisah tadi seperti dalam gambar ni. Tuan2 nampak bahagian antara penyambung ada 2 lapis? Yang lebihan di gam tadi di sambung dengan permukaan yang tiada lebihan seperti dalam gambar ni. 

Gunakan gam yang sesuai antara gam yang boleh saya syorkan kepada anda adalah gam dunlop, gam kasut tapi jangan guna gam gajah. Gam yang kami gunakan ni sejenis gam campuran silicon kelebihan gam yang saya syorkan tadi adalah ianya fleksible, tahan lasak, tahan panas (pada suhu tertentu) dan tak mudah reput. 

Potong sambung, tarik potong sambung lagi tiba2 dah penuh.... Haaaa bagus2 sekarang ni boleh di katakan 68% dah nak siap sikit je lagi kalau main bola orang kata dah masuk separuh masa ke2 dah. Masa ni ketelitian sangat penting, di sinilah akan menentukan hasil yang bakal anda terima. Jadi baca betul2 jangan ada yang terlepas atau tak perasan plak nanti tak cantik jangan salahkan orang lain. 


JIka ada bahagian pokok yang memang dah tak boleh nak alih tu potong R/p ni ikut saiz pangkal batang pokok ni itu pun kalau tak nak potong kalau potong terus pun ok gak. di rumah owner ni dia tak bagi sebab ada sentimental value kata dia.... 


Masa pasang hamparan rumput ni kena tarik sikit biar tegang, lagi satu jangan lupa ukur menegak dan melintang. Susun dia kena dengan bentuk condong daun tu. Kalau ke kiri semua kiri, kalau kanan semua kanan, kalau ke atas semua ke atas, kalau ke bawah ikut la seterusnya. Pastikan sambungan ni rapat serapat yang mungkin kita tak nak di nampak cacat, tak guna habis duit tapi tak elok. Tarik lagi rapat dan lagi tarik kuat sikit, bila dah rapat kunci dia sikit kalau tak dia lari nanti kena tarik balik dah berat buat penat je kan hahaha. Lepas tu tarik bahagian seterusnya, sambung lagi tarik lagi dan lagi, rapat lagi kunci lagi ulang2 sampai habis buat sebaris dulu. 


Nampak tak sekarang ni dia mula bersambung2 semakin tarik semakin rapat. Sebelum tu semasa tarik r/p ni jangan duduk atas bahagian yang anda nak tarik memang tak jalan bro kalau jalan aku tabik korang lah. Sewaktu sambung tu perlu di perhatikan sebab dah sampai di penghujung. Kadang2 ada penghalang dan sebagainya. Jika ada pokok macam ni pokok perlu di ingat tuan2 peraturan no1&2 tadi sebab waktu ni jika tersilap memang tak dapek den nak nolong eh...  Pacakkan pancang besi di setiap penjuru r/p ini sebab kita tak nak ada yang tersadung kaki bila melangkah dekat kawasan ni. Walau pun jatuh tak sakit tapi terjatuh tu kita tak berapa best betul2. Untuk pengetahuan anda yang masih belum tahu, fifa telah meluluskan pengunaan R/p dan anda juga boleh lihat stadium bertaraf antarabangsa yang mengunakan R/p ni. 
Sebarang pertanyaan mengenai synthetic grass ni boleh hubungi saya di talian +60107146204 

Sabtu, 20 Disember 2014

TRIM POKOK BONZAI PODOCARPUS YANG BESAR


Salam hormat dan selamat sejahtera buat anda yang melawat blog saya ni. Kali ni saya nk share sikit berkaitan dengan Pokok Bonsai podocarpus, di negara2 eropah memang dah banyak tempat gunakan pokok ni bagi menghiasi taman dan landskap.



Kepada mereka yang mengemari tumbuhan yang cantik2 ni memang sesuai sangat jika di jadikan sebagai penyeri taman, di tambah pula dengan gaya creativiti tuan punya pokok yang sangat bernas memang terbaik lah jadinya.



Lihat dari ketinggian nya pun memang kita dah tahu saiz pokok ni macam mana. Ini memang agak mencabar kalau kita nak buat sendiri, tapi kalau dah minat benda susah pun jadi senang kan..... Hehe.


Apa pun kalau kita nak trim pokok ni saiz je punya besar, tinggi plak tu. Mula2 dapatkan tangga dan gunting besar ini. Kalau dh macam ni punya besar gunting telingga pun tak perasan. So hati2 semasa mengunakan peralatan tersebut. Mintak kebenaran mak ayah, pak cik mak cik, jiran2 dan sebagainya. Saya ringkaskan... Waktu trim pokok ni pastikan serata. Kepada mereka yang berpengalaman potong rambut memang kacang punyalah. Tapi bagi yang tak biasa tu boleh cuba hujung daun dulu bila agak serasi dengan gunting tu baru teruskan. Bukan apa tuan2 pokok ni mahal nanti terlajak potong kang..... Sakit mata memandang.


Pada permulaan buat benda2 ni memang tak selesa sikit bila dh mula faham nanti nak makan pun tak ingat tu dh memang tahap dewa la... Masa ni dh nak habis dh sepokok tinggal lagi 5-6 pokok je lagi hahaha..... Nampaknya sampai ke petang la jawapnya nanti. Kepada yang terlebih creative tu memang di sini memerlukan bakat semula jadi anda tu di berikan sepenuhnya dengam fokus yang tinggi untuk dapatkan bentuk yang menarik lagi terserlah keindahanya. Lagi 1 pesan saya masa atas tangga tu beringat2 la saya risau kalau anda terjatuh semasa trim pokok ni sambil hp kat tangan tengah baca blog nak trim pokok tu. 

Apa pun sekiranya ada apa2 pertanyaan pokok tersebut sila hubungi saya di talian +60107146204 tq pembaca2 blog saya.




Jumaat, 19 Disember 2014

WATER FOUNTAIN TINGKAT BERTINGKAT

Salam rakan2 pembaca yang di hormati kali ni saya nak share sikit gambar2 water fountain.

Bola2 yang bertingkat tu fibre je

Ni semua batu

Yang jenis ni xde bunyi hanya mengikut bentuk sedia ada.



Ni water fountain 7 tingkat... 

Ni turun dia berlapis2 ni

Ni tepi dinding 

Yang tegak tu bukan roket ye

Hujan punya pasal kolam pun penuh sudah...


Ni dh siap pasang lagi tu

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di +60107146204 cara2 pasang akan kami kongsikan di lain kali tq

Khamis, 11 Disember 2014

Waqf adalah saham kubur kita



Salam kepada rakan2 yang di hormati dan pelayar2 internet saya dapat perkongsian dari rakan..... Perkongsian mengenai harta waqf.

Adakah kamu mengetahui bahawa Saidina Othman ibnu Affan ada mempunyai akaun bank di Saudi...?Siapakah yg membina Hotel Othman ibnu Affan di sebelah masjid Nabawi di Madinah ... adakah anak cucu nya yg membinanya dan meletakkan namanya sbg nama hotel? Ikuti kisah ini : Satu ketika di. Madinah semasa Nabi Saw mula hijrah dari Mekah ada sebuah telaga yg sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering...

Nama Telaga itu Bi'ru Rummah         ( telaga pemanah ) Org Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yg dimiliki oleh seorg Yahudi.

Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dgn harga yg sgt mahal.. Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman b Affan ( SOBA) lantas SOBA bertemu yahudi itu dan minta nak beli telaga tersebut... Yahudi tak mahu jual sbb dia tahu dia untung besar...SOBA akhirnya minta beli separuh saja telaga tu... yahudi pun setuju ... bermakna sehari milik Yahudi dan sehari lg milik SOBA... Yahudi sangka dia cerdik sbb SOBA mmg peniaga yg glamour dikenali oleh org Arab tentulah perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan...

Rupa2 nya Allah takdirkan sebaliknya bila org tak lagi beli air dpd yahudi itu sbb pd hari milik SOBA dia beri org2 Islam dan bukan islam air percuma... jadi hari giliran milik yahudi itu siapa pun tak nak beli ... akhirnya yahudi bankrap dan nak jual kpd soba separuh bhg lg telaga rummah tu kpd soba sbb dia dah rugi...

Soba beli dgn 20,000 dinar ... kemudian dia waqafkan kpd org Islam... kemudian ada seorang sahabt lain yg juga hartawan minta nak beli telaga tu dpd SOBA... SOBA tanya brp harga yg dia sanggup bayar....? Hartawan itu menjawab bhw dia sanggup membayar 3 kaliganda harga yg dibeli oleh SOBA. SOBA tidak setuju dan bertanya lagi, brp sanggup bayar?
Hartawan menjawab, 9 kaliganda harga yg di belinya. SOBA Masih x setuju.

Hartawan bertanya kehairanan.. Siapa lagikah yg sanggup membeli dgn harga yg lebih mahal daripadanya. Maka SOBA menjawab 'ALLAH'
Akhirnya org Islam dapat minum air telaga itu secara percuma...

Dengan takdir Allah ditepi telaga itu akhirnya tumbuh bbrp pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga akhirnya berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dgn sangat lebat...
kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar2 itu dan menyimpan nya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yg ambil alih dan tubuhkan akaun bank atas nama SOBA di salah satu bank Saudi.

Duit itu akuirnya terkumpul dgn banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah ditepi Masjid Nabawi dgn tujuan membina hotel lima bintang... hasilnya nanti dibahagi kpd dua ... separuh diinfaq utk anak yatim dan miskin yg sbhg lg disimpan dalam akaun SOBA ... yg anehnya setelah 14 kurun sedekah SOBA masih bercambah dan membiak membuak buak tanpa hentinya... inilah kelebihan Sedekah ... oleh itu marilah sama sama kita ringan tangan utk bersedakah dan yg paling mudah adalah dgn menyebarkan kisah ini dalam group dan fb anda... InsyaAllah anda akan dapat pahala sedekah yg berganda2
MOGA MOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT
والله اعلم....

Sumber maklumat dari Hj ismail umrah pengurus jemaah umrah +60173218850
DR JAMNUL AZHAR B MULKAN
Alor Setar""

Isnin, 1 Disember 2014

Buah mahkota dewa dan penyakit jantung


السلام عليكم 


Salam selamat petang rakan2 yang di muliakan apa khabar semua sihat? jagalah kesihatan anda dan orang di sekeliling anda semoga anda sekeluarga sihat sejahtera sepanjang hayat. Kepada yang dah tahu macam mana nak cegah nanti boleh share ngan orang lain plak ye, mungkin di belakang rumah kenalan anda ada tumbuhan ni tapi dia pun tak kenal macam mana nak buat so kita share la untuk kebaikan bersama. Pokok mahkota dewa apa yang menariknya ialah ada kajian menunjukkan dari negara jiran kita dalam merawat darah beku & sakit jantung yang menjadi pembunuh (asbab). Ia boleh di cegah sekiranya di kesan dari awal jangan sampai terlewat je la. 

Tumbuhan ini juga di kenali sebagai Phaleria macrocarpa dalam nama sainstifiknya, ia adalah herba yang berasal dari Indonesia dan Malaysia dan sekitar nusantara. Pokok Mahkota dewa seringkali di jadikan sebagai herba bagi masyarakat setempat, ketinggiannya boleh mencapai 3-5 meter dan mempunyai buah berwarna hijau & merah.

Hasil kajian pakar perubatan Dr Raymond R. Tjandrawinata dari Dexa Medica Jakarta, Indonesia mendapati "Dalam pokok Mahkota Dewa, (buah, daun, akar, batang) terdapat pelbagai sebatian, di mana masing-masing mempunyai fungsi yang berbeza. Sebagai contoh satu kompaun boleh merawat kesakitan haid, yang lain yang boleh merawat sakit endometriotic , dan yang lain boleh mengurangkan tahap kolesterol HDL, Selain itu terdapat sebatian untuk merawat kanser payudara dan Kami mendapati satu kompaun boleh menyembuhkan hepatitis C dan kami akan menggunakannya.

Cara menghasilkannya ambil 10 helai hirisan buah mahkota dewa yang telah di potong masukkan ke dalam air panas (dan kacau). Apabila sudah sejuk baru di minum perlahan-lahan (buah jangan di makan pulak). Kalau air dah kering masukkan air panas lagi dan ulang hingga buah kembang dan pucat. Jika anda terasa pening akibat dari minum air rebusan tadi sila minta nasihat Dr yang terdekat.


 Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang tumbuhan ini sila hubungi kami di +60189188917 di sana kami akan beri khidmat nasihat yang lebih detail lagi sekian 



Sumber gambar di 
www.eracekap.com
tehdaunjaticinanuansa.blogspot.com
Segata.blogspot.com
Linaherb.blogspot.com
Tehmahkotadewa.blogspot.com
Idlinkedin.com





Ahad, 30 November 2014

UDARA SUMBER KEHIDUPAN


Selamat datang

Pada hari yang bahagia ini saya nak berkongsi dengan anda tentang persekitaran kediaman kita pejabat kita yang mana inilah dunia kita. Boleh di katakan separuh umur kita di habiskan di sini, maklumlah kita sebahagia dari rakyat malaysia yang mempunyai keluarga dan kita tidak terlepas dari persekitaran tersebut apatah lagi di luar yang terdedah kepada udara yang lebih bertoksit terutama di bandar, kilang dan sebagainya. Bagi yang berada di rumah atau pejabat sedar atau tidak anda terdedah kepada udara yang tidak bersih di rumah jika tidak mempunyai penapis udara (air purifire) ramai yang tidak sedar persekitaran di sekeliling kita pada ketika ini terdedah kepada udara kotor yang datang dari asap rokok, asap kereta, hama dan udara yang terperangkap dalam rumah.

Tumbuhan yang dapat di letakkan dalam kawasan tertutup kurang cahaya matahari

Pada tahun 2010 negara Malaysia mempunyai penduduk lebih dari 27 juta. Di kawasan yang berkepadatan penduduk yang paling tinggi adalah lembah klang di sini sahaja seramai 6juta yang berkerja pelbagai sektor kerajaan mahu pun swasta. Pandangan peribadi saya adalah sangat bagus, tapi perkara yang lebih bagus dari itu adalah mengurus yang lebih efective itu adalah lebih di perlukan yang mana jika kita tidak urusankan dengan baik, ini akan menyebabkan kecelaruan yang lebih meruncing lagi.

Antara tumbuhan yang membantu memberi udara bersih

Sebagai sebuah negara membangun persekitaran kita tidak terlepas dari udara yang merbahaya hingga boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan kita. Saya bagi contoh pada awal zaman 90an di kawasan kejiranan jarang kita dengar mengenai penapis air, akan tetapi pada ketika ini penapis air adalah keutamaan yanh wajib mesti ada di setiap rumah dari rumah flat ke banglo sekali pun pasti mempunyai alat tersebut (kata guru saya). Begitu juga kepada penapis udara yang sering anda lihat di giant, tesco, jusco, carefour dan sebagainya. Cuba anda berkunjung ke kedai electrik dan tanya berkenaan penapis udara atau anda juga pernah di datangi oleh jurujual syarikat penapis udara tertentu. Pastinya beliau menceritakan tentang mesin penapis tertentu mengikut pakej2 yang di sediakan jadi pilih yang sesuai dengan cita rasa anda.

Ini adalah gambar sebenar lokasi sg buluh.

Pada ketika kita mendiami negara yang aman dan makmur di malaysia yang kita cintai ini masih ramai lagi yang tidak berapa kisah dengan persekitaran yang berlaku dan paling teruk lagi mereka juga menjadi penyumbang kepada amalan hidup yang tidak sihat. Bagi mereka ang merokok saya menyeru kepada anda untuk hentikan penyebaran pembakaran terbuka ini kepada masyarakat di sekitar kami. Berilah kami sedikit hak sebagai golongan yang mahukan gaya hidup normal, cuba anda bayangkan berapa ramai anak kecil, graduan lepasan universiti dan ramai lagi yang bakal lahir melihat iklan percuma yang anda sediakan sejak dari mereka dalam kandungan lagi.



Oleh itu sebagai manusia bergelar muslim marilah kita bersama-sama merenung pesanan dari Allah swt yang termaktub dalam Al Quran
surah  Al-A'raf (7) : 10

وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ قَلِيلاً مَّا تَشْكُرُونَ

Terjemahannya;

"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur." 
Anda bukan hidup di bulan fikirkan hak masyarakat di sekitar

Ramai antara kita tahu kisah penurunan ayat di atas bukan di khaskan kepada mereka yang merokok di zaman rasullulah tetapi ayat ini di tujukan kepada mereka yang tak sedar akibat dari kesan yang boleh menyebabkan kerosakkan kepada diri mereka sendiri. Kepada mereka yang merokok anda harus sedar kerana di dalam asap itu sendiri mempunyai kandungan yang boleh menjejaskan kesihatan kami! Sebagai rakan sekerja anda, sahabat yang baru berhenti dari tabiat merokok, anak kecil ada pelbagai alahan, bapa yang sedang sakit dan orang berada di sekeliling anda yang mahukan cara hidup yang sihat.

Jika anda tidak memikirkan kebaikan untuk diri anda pun tak mengapa tetapi tolong fikirkan kebaikan untuk kami yang berada di sekitar anda. Suatu ketika dahulu saya juga menghadapi masalah yang sama tetapi percayalah, bilamana kita tetapkan niat dalam hati kita mahu keluar dari gaya hidup yang tidak sihat kepada yang lebih baik saya pasti anda akan dapat mencapainya hanya masa yang menentukan sahaja.

Kajian yang telah di buktikan oleh nasa

Bagi mereka yang gemarkan tumbuh-tumbuhan yang cantik yang menyejukkan mata saya suka berkongsi dengan anda tentang tumbuhan yang dapat menghapus udara yang tak bersih tadi dengan cara semula jadi yang mana telah di buktikan oleh Nasa air clean study mendapat tumbuhan money plant ini, mampu membersihkan udara di sekeliling kita dan membasmi bahan toksid seperti benzene, xylene dan tuelune yang mana bahan ini adalah penyumbang utama kepada kimia yang merbahaya bagi manusia. Sila comment jika ada sebarang pertanyaan mengenai tumbuhan ini dan cara penjagaannya di +60189188917