Sabtu, 22 November 2014

TANAMAN BERPASU EXCLUSIVE UNTUK YANG RAJIN



    Salam hormat kepada pelayar-pelayar internet yang di hormati. sebelum ni saya ada bagi tahu berkaitan dengan tanaman berpasu ni tapi kali ni saya tambah lagi kita bagi dia nampak menarik sikit, sebab sebelum ni ada saya bagi tahu ada episod sambungan so untuk tidak membuang masa lagi baik saya teruskan dengan episod seterusnya kita mula dengan sambungan ayat al quran tadi Firman Allah swt dalam surah az zumar: 


Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.

(Az-Zumar 39:21) sadakawllahulazim.



Tanaman ini sesuai untuk hiasan dalam rumah





      Bagi yang berminat nak buat yang macam dalam gambar tu, tuan-tuan kena la sediakan peralatan yang sesuai dengan bahan yang nak di buat sekejap lagi ni. Kepada adik-adik yang nak juga buat adik kena dapatkan kebenaran ibu, bapa, pak cik, mak cik, atuk, nenek, mak ngah, pak lang, abang dan kakak di takuti nanti salah ambik barang atau adik-adik tercedera nanti siapa yang susah? nanti mak & ayah adik juga yang susahkan..... Baiklah sekarang ni kita perlukan berapa peralatan atau barangan tadi semuanya ada 8, antara barangan yang di perlukan untuk membuat pasu berserta dengan tumbuh-tumbuhan tadi ialah seperti:



1) pasu besar yang menarik apabila di gayakan (besar yang boleh muat)
2) pilih sudip yang agak sesuai dengan pasu (jangan besar atau terlalu kecil)
3) pokok sampingan yang menutup bahagian permukaan atas pasu
4) pokok utama yang akan di tonjolkan nanti 
5) tanah organik yang lengkap dengan nutrien-nutrien yang di perlukan
6) kain lap (untuk mengelap pasu yang comot nanti)
7) penyembur air (spray bottle untuk di gunakan setiap 4-5 hari sekali)
8) aksesori yang mahu di tambah (kalau tak mahu pun takpe)

      Kepada anda yang tak sabar nak buat tu dan yang dah siap sedia untuk memulakan operasi ni mari kita mulakan dengan Bissmillah...... Pada peringkat ini saya rasa anda periksa semula dengan teliti tumbuh-tumbuhan dan perkakasan yang akan di gunakan. sila perhatikan gambar yang saya rakam dan muatkan dalam blog ni untuk kemudahan tuan-tuan. 

tanah organik plant lover

1) Potong satu bahagian bag plastik tanah organik yang telah di beli dan masukkan tanah organik tadi ke dalam pasu mengunakan sudip yang sesuai yang telah tersedia.


jangan terlalu penuh atau terkurang

2) Ratakan permukaannya tanah organik tadi, nasihat saya pada tuan-tuan adalah jangan terlalu rendah nanti tumbuhan tuan-tuan tengelam, dan jangan terlalu tinggi nanti tergantung dengan pasu yang sudah memang pendek atau lebar.


letakkan dengan berhati-hati jangan sampai berderai.

3) Masukkan tumbuhan yang paling besar dulu di ikuti tumbuhan-tumbuhan kecil yang sesuai dengan gaya yang tersendiri. jika berderai cari tumbuhan yang lain bagi mengantikan tumbuhan yang rosak tadi. (jangan guna tanaman tersebut di khuatiri ia tidak mampu untuk hidup akibat telah rosak. 


 susunan sangat penting 

4) Pada kali ini hasilnya menentukan nilai yang bakal di harapkan, ia memerlukan kreativiti tuan-tuan dalam mengubah tumbuhan-tumbuhan tadi harapan saya tumbuhan yang tuan-tuan gabungkan nanti dapat hasil yang memuaskan.


tekan dengan sudip.

5) Apabila semua tumbuhan tadi telah tuan-tuan sesuaikan dengan gaya yang di mahukan, kini penuhkan ruang kosong di bahagian tumbuhan yang tuan-tuan masukkan tadi mengunakan sudip pastikan jangan sampai tumpah. Jika telah penuh padatkan tanah tadi hingga tiada lagi lopak jika di tekan dengan sudip tuan-tuan nanti. 


 
cara salah membuang tanah pada daun.        Lap! guna kain ye tuan-tuan        

6) Saya melihat ketika proses ini berjalan banyak tumpahan tanah berlaku di atas permukaan pasu dan daun, jadi apa yang harus di lakukan ialah. Lap mengunakan kain lap yang telah tersedia berhati-hati jangan sampai daun dan tumbuhan rosak akibat sikap yang tergopoh-gapah.


 


7) Mungkin ada bahagian yang tidak sedikit comot sekarang ini tuan-tuan gunakan penyembur air (spray bottle) untuk memberi kesegaran kepada tumbuh tuan-tuan yang sudah siap tadi. jangan lupa sembur juga pada pasu dan lap untuk kelihatan berkilat apabila terkena cahaya lampu atau sinaran matahari. 




8) Letakkan aksesori untuk kelihatan menarik dan pilih lokasi yang sesuai atau boleh lihat contoh di youtube di link yang di berikan untuk menghasilkan suasana yang mendamaikan seperti yang di harapkan nanti. Semoga dengan kehadiran tumbuhan dan pasu comel tu akan menambah lagi keceriaan di rumah tuan-tuan.

Youtube.com/Seni/tanaman/hiasan/dalam/(tambah aksesori)



Alhamdulilah semua telah selesai saya harap hiasan yang bakal tuan-tuan perolehi nanti menjadi inspirasi kepada jiran, saudara mara, adik, kakak, mak, ayah, abang, kawan sekerja, tetamu datang yang datang beraya. Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai penjagaan sila hubungi kami di talian +60107146204 dan sebelum kita berakhir marilah kita merenung sepotong ayat al quran dari surah Al Haj ayat 5 yang berbunyi.... 

يَأيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنْ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَى أَجَ



Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. (Al Haj 5)


sekian.... 
Asalamualaikum 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan