Ahad, 30 November 2014

UDARA SUMBER KEHIDUPAN


Selamat datang

Pada hari yang bahagia ini saya nak berkongsi dengan anda tentang persekitaran kediaman kita pejabat kita yang mana inilah dunia kita. Boleh di katakan separuh umur kita di habiskan di sini, maklumlah kita sebahagia dari rakyat malaysia yang mempunyai keluarga dan kita tidak terlepas dari persekitaran tersebut apatah lagi di luar yang terdedah kepada udara yang lebih bertoksit terutama di bandar, kilang dan sebagainya. Bagi yang berada di rumah atau pejabat sedar atau tidak anda terdedah kepada udara yang tidak bersih di rumah jika tidak mempunyai penapis udara (air purifire) ramai yang tidak sedar persekitaran di sekeliling kita pada ketika ini terdedah kepada udara kotor yang datang dari asap rokok, asap kereta, hama dan udara yang terperangkap dalam rumah.

Tumbuhan yang dapat di letakkan dalam kawasan tertutup kurang cahaya matahari

Pada tahun 2010 negara Malaysia mempunyai penduduk lebih dari 27 juta. Di kawasan yang berkepadatan penduduk yang paling tinggi adalah lembah klang di sini sahaja seramai 6juta yang berkerja pelbagai sektor kerajaan mahu pun swasta. Pandangan peribadi saya adalah sangat bagus, tapi perkara yang lebih bagus dari itu adalah mengurus yang lebih efective itu adalah lebih di perlukan yang mana jika kita tidak urusankan dengan baik, ini akan menyebabkan kecelaruan yang lebih meruncing lagi.

Antara tumbuhan yang membantu memberi udara bersih

Sebagai sebuah negara membangun persekitaran kita tidak terlepas dari udara yang merbahaya hingga boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan kita. Saya bagi contoh pada awal zaman 90an di kawasan kejiranan jarang kita dengar mengenai penapis air, akan tetapi pada ketika ini penapis air adalah keutamaan yanh wajib mesti ada di setiap rumah dari rumah flat ke banglo sekali pun pasti mempunyai alat tersebut (kata guru saya). Begitu juga kepada penapis udara yang sering anda lihat di giant, tesco, jusco, carefour dan sebagainya. Cuba anda berkunjung ke kedai electrik dan tanya berkenaan penapis udara atau anda juga pernah di datangi oleh jurujual syarikat penapis udara tertentu. Pastinya beliau menceritakan tentang mesin penapis tertentu mengikut pakej2 yang di sediakan jadi pilih yang sesuai dengan cita rasa anda.

Ini adalah gambar sebenar lokasi sg buluh.

Pada ketika kita mendiami negara yang aman dan makmur di malaysia yang kita cintai ini masih ramai lagi yang tidak berapa kisah dengan persekitaran yang berlaku dan paling teruk lagi mereka juga menjadi penyumbang kepada amalan hidup yang tidak sihat. Bagi mereka ang merokok saya menyeru kepada anda untuk hentikan penyebaran pembakaran terbuka ini kepada masyarakat di sekitar kami. Berilah kami sedikit hak sebagai golongan yang mahukan gaya hidup normal, cuba anda bayangkan berapa ramai anak kecil, graduan lepasan universiti dan ramai lagi yang bakal lahir melihat iklan percuma yang anda sediakan sejak dari mereka dalam kandungan lagi.



Oleh itu sebagai manusia bergelar muslim marilah kita bersama-sama merenung pesanan dari Allah swt yang termaktub dalam Al Quran
surah  Al-A'raf (7) : 10

وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ قَلِيلاً مَّا تَشْكُرُونَ

Terjemahannya;

"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur." 
Anda bukan hidup di bulan fikirkan hak masyarakat di sekitar

Ramai antara kita tahu kisah penurunan ayat di atas bukan di khaskan kepada mereka yang merokok di zaman rasullulah tetapi ayat ini di tujukan kepada mereka yang tak sedar akibat dari kesan yang boleh menyebabkan kerosakkan kepada diri mereka sendiri. Kepada mereka yang merokok anda harus sedar kerana di dalam asap itu sendiri mempunyai kandungan yang boleh menjejaskan kesihatan kami! Sebagai rakan sekerja anda, sahabat yang baru berhenti dari tabiat merokok, anak kecil ada pelbagai alahan, bapa yang sedang sakit dan orang berada di sekeliling anda yang mahukan cara hidup yang sihat.

Jika anda tidak memikirkan kebaikan untuk diri anda pun tak mengapa tetapi tolong fikirkan kebaikan untuk kami yang berada di sekitar anda. Suatu ketika dahulu saya juga menghadapi masalah yang sama tetapi percayalah, bilamana kita tetapkan niat dalam hati kita mahu keluar dari gaya hidup yang tidak sihat kepada yang lebih baik saya pasti anda akan dapat mencapainya hanya masa yang menentukan sahaja.

Kajian yang telah di buktikan oleh nasa

Bagi mereka yang gemarkan tumbuh-tumbuhan yang cantik yang menyejukkan mata saya suka berkongsi dengan anda tentang tumbuhan yang dapat menghapus udara yang tak bersih tadi dengan cara semula jadi yang mana telah di buktikan oleh Nasa air clean study mendapat tumbuhan money plant ini, mampu membersihkan udara di sekeliling kita dan membasmi bahan toksid seperti benzene, xylene dan tuelune yang mana bahan ini adalah penyumbang utama kepada kimia yang merbahaya bagi manusia. Sila comment jika ada sebarang pertanyaan mengenai tumbuhan ini dan cara penjagaannya di +60189188917


Tiada ulasan:

Catat Ulasan