Sabtu, 21 September 2013

PLANT VS MOSQUITO lah pulak.........

Pokok/Tanaman pengusir nyamuk


Di atas permintaan rakan2 yang kenal mahu pun tidak kenal yang bertanyakan tentang pokok/tumbuhan yang dapat membantu untuk menghalang nyamuk dari menjadi penghisap darah di rumah, pejabat, dewan, masjid dan lain2 apa pun tak ada seorang pun yang suka dengan mahluk yang bernama NYAMUK bermula dari zaman nabi ibrahim hinggalah sekarang. Bagi saya tumbuhan tersebut ada yang senang di cari dan ada yang susah di cari ikut suka andalah yang mana menjadi pilihan hati kita mulakan yang biasa dulu;

1) Pokok/tanaman bunga kantan




Pokok kantan adalah dari jenis halia, Bunga kantan mempunyai aroma yang kuat 
rasa bunga ini segar dan pedas. Biasanya di alam melayu/nusantara tunas bunga kantan dijadikan bahan memasak. Untuk tujuan kesihatanan pula ia membantu untuk menghilangkan bau badan wanita lepas bersalin.


2) Pokok/tanaman serai 



Pokok/tumbuhan serai selalunya di gunakan untuk tujuan masakkan, selain dari makan ? hari ni kita nak korek sikit apa kebaikan dia selain dari masak/makan. Pokok/tumbuhan serai juga mengandungi bahan/bau yang membantu untuk menjauhkan nyamuk/tanpa perlu dibakar (haha). Bagi yang takutkan penyakit kenser ini berita yang baik untuk anda. Doktor dan saintis telah menemui bahawa 1gram serai mengandungi Citral yang mencukupi untuk mematikan sel kanser! Citral terbukti mampu menyebabkan aktiviti apoptosis (self desturct) yang boleh memusnahkan sel-sel kanser.  Pesakit kanser di Israil telah digalakkan oleh doktor untuk minum jus serai pada hari mereka menjalani rawatan kemoterapi atau radiasi untuk mempercepat proses rawatan.


3) Pokok bunga lavender




Pokok/tumbuhan Lavender ialah tumbuhan berbunga dan berasal dari eropah, Pokok Lavender hidup mengembang ia memerlukan penjagaan yang sangat mudah. Tinggi sehingga 4 kaki dan memerlukan cahaya matahari. Ia juga di gunakan untuk membuat krim menghalang nyamuk yang bermacam2 jenama, ada sesetengah orang mencampurkan minyak pati lavender dalam air dan terus sapu kepada kulit untuk mengawal nyamuk dari mendekati mereka. Ia juga boleh digunakan bersama minyak pati lavender sapu di leher, pergelangan tangan dan buku lali bagi tumit yang pecah-pecah. 

k bye semua sampai jumpa lagi.