Selasa, 1 Oktober 2013

Pokok mangga pilihan ku

    Salam semua..... hari ini saya berminat untuk bercerita tentang "memilih pokok mengikut kesesuaian" mungkin ada yang berminat untuk memiliki pokok tapi agak kabur dengan pilihan yang adalalu banyak, mungkin di atas terlalu banyak yang di inginkan atau tak tahu nak pilih yang mana. begi saya mudah saja kerana mula-mula pastikan apa yang cita rasa tuan-tuan, kedua pastikan sehingga sebesar mana tuan nak pokok itu nak di jaga, ketiga rasa-rasa pokok itu akan mendatangkan masalah ke tidak apabila ia membesar nanti setelah semua itu terjawap baru tuan-tuan ke kedai yang membekalkan pokok yang tuan rasa sesuai untuk di bawa pulang dan di tanamkan di tempat yang sudah menjadi marking tuan tadi. Pilihan pokok  berdasarkan pokok yang di pilih dan size juga menjadi keutamaan kerana di zaman sekarang kita tidak banyak pilihan melainkan kita tinggal di kampung-kampung jika kita berada di kampung mungkin tidak menjadi masalah kerana size tapak yang besar tidak menganggu-gugat oleh kerana pokok yang kita mahu mungkin tidak banyak ibarat, semut yang berjalan di dalam lori, tikus sedang berlari dalam dewan, ikan paus berenang di laut pasifik mana mungkin ia akan menganggu hidupan-hidupan lain yang berjiran dengan mereka.

    saya mengandaikan tuan-tuan memilih pokok mangga apple buahnya yang hijau kemerah-merahan bulat bagaikan sebiji bola lisut tergantung-gantung di bawah pepohon rendang yang sedang memayungi panas terik yang menyucuk daging-daging anda jika di kira paras suhu mungkin 42°siapa yang mampu untuk bertahan pada kepanasan seperti itu, seperti warga asing yang sedang bekerja di negeri arab tak tertanggung panas rasanya. sebelum saya melayang jauh lagi baik kita balik ke cerita asal, pokok magga yang sedang berbuah itu bukan sekarang tuan-tuan tetapi kisah tadi saya membawa rakan-rakan pembaca lagi 5-8 tahun kedepan supaya dapat gambaran yang jelas di berkenaan pokok yang tuan- tuan mahukan.


     Pokok mangga tuan dah dapat pastikan jenis kesesuaian tanah di tempat tuan, baja, manis buah, (kalau boleh) baka dari mana. Setelah semuanya selesai pilih baja yang menepati kehendak pokok, tanah bakar, tanah sabut dan yang TERBARU sekarang ini ada di sediakan TANAH ORGANIK yang dapat membantu insyaallah terbukti lebih 5000 kajian di buat dan mendapati hasil yang di keluarkan oleh tanah organik dengan tanah hitam mahupun tanah biasa memanglah jauh bagaikan kucing mengejar kuda, pipit terbang dengan helang mana mungkin sama biasa dengan dan yang di hasilkan khusus untuk membantu pembesaran pokok, dan akar, bak kata orang yang hebat-hebat mana mungkin pokok yang rendah dapat duduk sama tinggi dengan pokok yang rendah dan pucuk yang paling tinggi ialah pokok yang paling kuat akarnya. Jika kita mahu akar yang kuat tanah juga mesti dari hasil yang terbaik. 

     Saya mengandaikan tuan memilih pokok yang size ketinggian 4-5 kaki (tinggi orang lebih-kurang) lubang untuk di tanam pokok mangga tuan berkedalaman satu kaki menggikut size bag pokok menjadi pilihan tuan. setelah di gali size lubang untuk pokok mangga tuan haruslah agak besar sedikit kerana untuk memberi ruang untuk TANAH ORGANIK tuan-tuan nanti. Sesudah selesai mengali lubang tadi dan masanya telah sedia untuk di masukkan kedalam lubang BAG harus di buka kerana akar tidak akan membesar kerana size yang sempit didalam bag yang membelenggu pokok mangga tuan yang bertahun-tahun di kedai/tapak semaian untuk menunggu masa di beli oleh tuan sebentar tadi. Bag telah di buka tanah organik, tanah hitam telah di gaul & jangan di lupa tanah bakar yang akan membantu kesuburan untuk pokok mangga tuan. Biar saya ceritakan fungi tanah hitam, tanah organik dan tanah bakar. Tanah hitam seperti yang sedia maklum ia mengandunggi sekam bakar, sabut kelapa, tanah topsoil, semua ini akan membantu dari segi kelembapan tanah tersebut ini tugas tanah hitam. Tanah organik ini sama seperti tanah hitam yang lain sedikit dari tanah hitam, kerana tanah ini perhalusi mengunakan penapis halus tanah di renjis air kemudiannya di peram untuk berberapa waktu dan selepas itu baru ia di bungkus menjadi TANAH ORGANIK itu yang menbezakan ia dengan tanah hitam di atas. Tanah bakar ini kebaikannya untuk menghalang parasit dalam tanah dari merosakkan akar pokok tuan-tuan kerana yang namanya tanah bakar ini ia di bakar sebelum di jual di pasaran seperti yang tuan lihat di kedai tadi. Cara mereka menghasilkan ialah dengan membakarnya pada suhu 60-70°C jika ia melebihi suhu tersebut tanah ini akan hilang khasiat untuk pokok, sebaiknya parasit mati dan tanah ini tak hilang hasiat itu bagi saya agak menguntungkan kedua-dua bahagian dalam menghasilkan tanah bakar ini. 

     Sehingga kini tuan-tuan mungkin dapat mengagak bagaimana kedudukkannya di tempat pilihan tuan seandainya ia belum di tanam jangan biar ia terlalu lama saya kuatir jika tidak di tanam ia akan mati kekeringan. Jangan bandingkan tempat yang tuan beli sama seperti di rumah tuan kerana di kedai bunga adalah menjadi kewajipan mereka memestikan pokok yang di jaga tidak mati dan mereka mempunyai kepakaran yang khusus untuk berkaitan pokok & tumbuh-tumbuhan. Bagi saya tuan -tuan telah melakukan sesuatu patut di warisi oleh anak cucu tuan-tuan, jangan lupa untuk mengajak mereka untukl bersama-sama menanam pokok pilihan tuan (pokok mangga tu sekadar contoh sahaja) sekian dari saya selamat mencuba. akhir kata dari saya marilah kita meninggalkan sesuatu untuk keturunan manusia selepas kita. Tq bye......
               

Sabtu, 21 September 2013

PLANT VS MOSQUITO lah pulak.........

Pokok/Tanaman pengusir nyamuk


Di atas permintaan rakan2 yang kenal mahu pun tidak kenal yang bertanyakan tentang pokok/tumbuhan yang dapat membantu untuk menghalang nyamuk dari menjadi penghisap darah di rumah, pejabat, dewan, masjid dan lain2 apa pun tak ada seorang pun yang suka dengan mahluk yang bernama NYAMUK bermula dari zaman nabi ibrahim hinggalah sekarang. Bagi saya tumbuhan tersebut ada yang senang di cari dan ada yang susah di cari ikut suka andalah yang mana menjadi pilihan hati kita mulakan yang biasa dulu;

1) Pokok/tanaman bunga kantan




Pokok kantan adalah dari jenis halia, Bunga kantan mempunyai aroma yang kuat 
rasa bunga ini segar dan pedas. Biasanya di alam melayu/nusantara tunas bunga kantan dijadikan bahan memasak. Untuk tujuan kesihatanan pula ia membantu untuk menghilangkan bau badan wanita lepas bersalin.


2) Pokok/tanaman serai 



Pokok/tumbuhan serai selalunya di gunakan untuk tujuan masakkan, selain dari makan ? hari ni kita nak korek sikit apa kebaikan dia selain dari masak/makan. Pokok/tumbuhan serai juga mengandungi bahan/bau yang membantu untuk menjauhkan nyamuk/tanpa perlu dibakar (haha). Bagi yang takutkan penyakit kenser ini berita yang baik untuk anda. Doktor dan saintis telah menemui bahawa 1gram serai mengandungi Citral yang mencukupi untuk mematikan sel kanser! Citral terbukti mampu menyebabkan aktiviti apoptosis (self desturct) yang boleh memusnahkan sel-sel kanser.  Pesakit kanser di Israil telah digalakkan oleh doktor untuk minum jus serai pada hari mereka menjalani rawatan kemoterapi atau radiasi untuk mempercepat proses rawatan.


3) Pokok bunga lavender




Pokok/tumbuhan Lavender ialah tumbuhan berbunga dan berasal dari eropah, Pokok Lavender hidup mengembang ia memerlukan penjagaan yang sangat mudah. Tinggi sehingga 4 kaki dan memerlukan cahaya matahari. Ia juga di gunakan untuk membuat krim menghalang nyamuk yang bermacam2 jenama, ada sesetengah orang mencampurkan minyak pati lavender dalam air dan terus sapu kepada kulit untuk mengawal nyamuk dari mendekati mereka. Ia juga boleh digunakan bersama minyak pati lavender sapu di leher, pergelangan tangan dan buku lali bagi tumit yang pecah-pecah. 

k bye semua sampai jumpa lagi.


Ahad, 25 Ogos 2013

Bina landskap sendiri dengan kos paling jimat


 Salam saya nak kongsi sikit macam mana nak tanam rumput karpet from A-Z nak tau macam mana turun sikit ke bawah sikit lagi dan lagi...... mula2 pilih dulu rumput apa yang nak di tanam tu dan hangkut bawak balik mengikut keperluan anda besar periuk besar la kerak kannnnn faham ke faham..............
bersihkan kawasan yang nak di tanam rumput tu pastikan jangan ada rumput hutan yang tertinggal kalau ada yang tertinggal nanti benih yang tertinggal tu akan jadi ibu kepada benih rumput hutan yang akan  lahir selepas rumput hutan yang anda bersihkan tu soooo xde makna lah kalau tanam rumput karpet tapi rumput hutan yang naik............ pastikan betul2 k................
 fuh penat tak hehehehe rehat la dulu makan ke minum ke kalau ngan famili best ni.......... hmmm macam gotong royong masa sekolah dulu la hahhahaha..

dah bersih bubuh pasir plak kasar/halus semua boleh.....  sebenarnya ini gambar hiasan je xperlu pun buka baju tu hahahahahha tu pasal dah panas berpeluh2 baju pun basah hehehehehehe......
ha bubuh cam ni ratakan sekurang2nya 2 inchi tebal pasir.... baru pengaliran air berjalan dengan lancar
ratakan macam ni gunakan pencakar ke...... kayu panjang ke atau ape2 je yang dapat menjadikan pasir tu rata pasal kalau tak rata nanti rumput yang u tanam tu pun tak rata kalau rumput tu tak rata dah macam padang golf macam mana kan hmmmm k jangan ikut macam saya dulu2 nanti u kena buka balik kalau tak rata dengan baik.......
kalau ada batu sikit2 tu biasa la xde hal punya jangan batu besar dah la ok biar semua rata dulu baru tanam rumput tu pasal u kena tgk mana nak turun air kalau tak nanti air bertakung dan rumput u pun mati hmmm lagi kesian......

 
ni dia masa dah rata dan........ u pun tanam rumput tu plastik tu buang tinggalkan hanya rumput sahaja ok 1 persatu memang berat tapi hasilnya memuaskan betul tak heheheheh cer tanya brader izham ni. sebelum tu nak bagi tahu kalau nak golek2 tu tunggu dalam sebulan dua pasal akar dia kena serap ke tanah dulu kalau x nanti rumput tu rosak..... nak jalan atas rumput tu boleh tapi jangan kasar2 sangat la...... 

 
sekian dari smart gardens selamat mencuba k sila lawati & like page kami di  http://www.facebook.com/SMARTGARDEN2U